♥kLiK-kLiK♥

Love

Daisypath Anniversary tickers

risik

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

February 10, 2011

Tips : Kekal langsing..:)

hai kawan-kawan..:)...Latelykan kite ade cerite pasal gemuk la..nak diet la...so sekarang ni kite just nak share serba sedikit tentang diet..maksud kite tips untuk berdiet..sekaligus untuk selim melim..:)..Actually kawan-kawan, kite pun tngah berdiet sekarang ni..:)..jom kawan-kawan kite berdiet bersama-sama..:)

Tips Untuk Kurus Langsing
 Panjangkan masa makan
Untuk pengetahuan kawan-kawan, untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, kawan-kawan boleh panjangkan masa makan kawan-kawan. Iaitu  mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan kawan-kawan itu. Ini akan membuat kawan-kawan rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebayak 44 kali. 
 Minum banyak air kosong
Minum air kosong dengan banyak ye kawan-kawan. ini penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan kita. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tapi sebaiknya lebih. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.
Mesti ada keyakinan diri
Untuk menurunkan berat badan kawan-kawan perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita ye kawan-kawan. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. chayok!!
Makanan Pedas
Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tapi  jangan terlalu berlebihan nanti akan memudaratkan kesihatan.tapi kite lagi suke pedass..makin pedass maakin syokk makan..:)
Minuman Berkafein
Minuman berkafein adalah musuh  jika kawan-kawan sedang berdiet sebab kafein akan meningkatkan insulin di dalam badan dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. 
Makanan serat tinggi
Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk kawan-kawan rasa kenyang lebih cepat dan memudahkan kawan-kawan membuang (masuk tandas).
Senaman
Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat. sekurag-kurangnya 20 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah pada sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan yang kedua baguis adalah waktu pagi sebelum sarapan. Tapi sebelum senaman mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih dua atau tiga jam lagi. Ini mampu membakar lemak walaupun kawan-kawan berhenti bersenam..Paham kan?..Huhh..:)
Jangan Tinggalkan Waktu Makan
untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi adalah penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma kita akan perlahan selepas 8 jam, untuk mengejutkan balik kita hendaklah makan. Tapi makanan yang betul amat penting. makan yang sihat, tidak berlemak mampu mengaktifkan metabolisma. So jangan membazirkan masa ye kawan-kawan dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur. jadi dengan itu ianya tidak dapat berkerja dengan baik.”


okeh kawan-kawan..marilah kita sihat langsing secara semulajadi..jangan malas-malas nak bersenam ye..:)..Chayok!!..chayokk!!...